Beberapa orang ditikam dalam 'insiden besar' di England

Bernama
Julai 29, 2024 14:36 MYT
Polis Merseyside mengesahkan bahawa mereka bertindak balas terhadap panggilan kecemasan berhubung kejadian pada petang di sebuah kediaman. - Foto AP
LONDON: Polis di United Kingdom pada Isnin mengisytiharkan "insiden besar" di Southport, sebuah bandar tepi laut di barat laut England selepas insiden tikaman di Hart Street yang melibatkan ramai mangsa, lapor Agensi Anadolu.
Polis Merseyside mengesahkan bahawa mereka bertindak balas terhadap panggilan kecemasan berhubung kejadian pada petang di sebuah kediaman.
Sejurus tiba, pegawai menemukan beberapa individu cedera. Jumlah sebenar mangsa masih belum dapat disahkan.
Dalam tindak balas pantas, polis bersenjata menahan seorang suspek lelaki dan merampas pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Suspek kini ditahan di balai polis tempatan.
Pihak berkuasa menggesa orang ramai mengelak kawasan sekitar Hart Street sementara perkhidmatan kecemasan terus menguruskan situasi berkenaan.
Dalam satu kenyataan, Polis Merseyside menekankan bahawa tiada ancaman berterusan kepada orang awam.
-- BERNAMA
#England #insiden besar #Polis Merseyside #Southport #Hart Street