Beberapa Kedutaan AS di Timur Tengah dibuka semula
Astro Awani
Ogos 12, 2013 08:33 MYT
Ogos 12, 2013 08:33 MYT
Beberapa kedutaan Amerika Syarikat di Timur Tengah yang di tutup berikutan amaran keselamatan serangan dari Al-Qaeda pada 4 Ogos lalu dibuka semula pada Ahad.
Kedutaan yang dibuka semula adalah di ibu negara Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi serta konsulat di Dubai dan Libya.
Sementara itu, kedutaan di Arab Saudi iaitu di Riyadh, Jeddah dan Dhahran kekal tutup, termasuk di negara jiran Qatar.
Pejabat Konsulat di Lahore, Pakistan juga akan terus ditutup berdasarkan bukti ancaman kukuh.
Jabatan Negara Amerika pada Khamis minggu lalu mengeluarkan amaran perjalanan ke Pakistan susulan ancaman keselamatan oleh puak pelampau yang mampu menggugat keselamatan warganya.
Selain itu kedutaan Amerika di sana, Yaman juga akan terus ditutup.
Minggu lalu, Washington mengarahkan supaya 19 kedutaannya di Timur Tengah dan Afrika ditutup ekoran faktor keselamatan.