Bayi terlepas dari tangan datuk dari ketinggian 45 meter, terhempas ke lantai konkrit

Noor Aiman Haziq
Julai 8, 2019 17:46 MYT
Bayi berumur 18 bulan itu disahkan meninggal dunia sejurus selepas digegaskan ke hospital berdekatan. - Facebook@freedomoftheseascruises
Seorang datuk dilaporkan terlepas pegangan kemas pada tubuh cucunya yang dihayun sebelah jendela dari tingkat 11 kapal persiaran gergasi yang dinaiki mereka.
Bayi itu jatuh dari ketinggian lebih 45 meter - iaitu sekitar ketinggian sebuah menara telekomunikasi - lalu terhempas ke atas lantai konkrit di lokasi kapal persiaran itu berlabuh.
Menurut portal berita dari San Juan, Puerto Rico, kejadian itu berlaku pada waktu petang Ahad lalu.
Bayi berumur 18 bulan itu disahkan meninggal dunia sejurus selepas digegaskan ke hospital berdekatan.
Siasatan masih lagi diteruskan untuk memastikan punca sebenar datuk kepada bayi tersebut bertindak sedemikian.
Pihak polis sedang menyiasat klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kapal persiaran tersebut dan mengumpulkan kenyataan daripada para penumpang.
Menurut ketua polis San Juan, Elmer Roman, ahli keluarga bayi tersebut masih belum disiasat oleh pihak polis.
Kapal Freedom of the Seas yang memuatkan 4,000 penumpang lain itu merupakan kapal persiaran yang ke-15 terbesar di dunia, dengan ketinggian sekitar 64 meter.
Kejadian tersebut berlaku pada penghujung percutian keluarga dari Indiana, Amerika Syarikat tersebut, di mana mereka telah mengikuti sebuah pelayaran di kawasan selatan Laut Caribbean selama tujuh hari.

A family holiday ended tragically after a toddler fell 45m from the 11th floor of the Royal Caribbean's 'Freedom of the Seas' cruise ship. https://t.co/wVzB0p2bGt pic.twitter.com/OT9lm7y4KY

— Getaway Magazine (@GetawayMagazine) July 8, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amerika Syarikat #bayi #kapal persiaran #Laut Caribbean #meninggal dunia #percutian #perlayaran #Puerto Rico
;