Bayi terlepas dakapan ibu, hampir digilis kereta api
Astro Awani
November 23, 2018 12:47 MYT
November 23, 2018 12:47 MYT
Seorang bayi perempuan terselamat daripada digilis kereta api selepas terjatuh di ruang antara landasan dan platform sebuah stesen di Uttar Pradesh.
Insiden yang berjaya dirakam orang ramai itu menunjukkan kereta api meluncur di landasan di mana bayi perempuan berusia setahun itu terjatuh.
Mujur ketika bayi itu terjatuh daripada dakapan ibunya, dia tersekat di antara rel dan platform, lantas terselamat daripada digilis kereta api berkenaan.
Sebaik sahaja kereta api itu meninggalkan stesen, seorang lelaki dilihat dengan pantas mengangkat bayi tersebut yang sedang menangis dan diberikan kepada keluarganya di atas platform.
Bayi tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.