Bayi panda pertama di Perancis 'Yuan Meng' buat penampilan sulung
APTN
Januari 13, 2018 07:28 MYT
Januari 13, 2018 07:28 MYT
Bayi panda pertama yang dilahirkan di Zoo Parc de Beauval di Perancis membuat penampilan sulungnya kepada orang ramai pada Sabtu.
Beruang panda jantan berusia empat bulan itu dinamakan "Yuan Meng" yang bermaksud harapan dan impian.
Pada Disember lalu, upacara menamakannya merupakan satu momen diplomatik yang penting buat Perancis dan China.
Turut hadir pada acara tersebut ialah wanita pertama Perancis Brigitte Macron dan pegawai diplomatik dari China serta menteri luar negeri China, Zhang Yesui.
Ibu dan bapa Yuan Meng sebelum ini dipinjamkan dari China dan akan dihantar semula ke negara asalnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.