Bayi maut direnjat kabel pengecas telefon

Agensi
Mei 24, 2019 13:10 MYT
Seorang bayi meninggal dunia selepas dilapor memasukkan wayar pengecas telefon pintar yang masih mempunyai arus elektrik ke dalam mulutnya. -Gambar hiasan
Seorang bayi meninggal dunia selepas dilapor memasukkan wayar pengecas telefon pintar yang masih mempunyai arus elektrik ke dalam mulutnya.
Dalam kejadian di Jahangirabad, India itu, bayi itu dipercayai ditinggal sendirian oleh ibunya di ruang tamu kediaman datuknya sebaik saja tiba di rumah tersebut.
Menurut laporan berita thesun.co.uk, ibu bayi itu terlupa menutup suis pengecas telefon pintar miliknya.
Susulan kejadian, bayi itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Setibanya di hospital, bayi malang itu disahkan meninggal dunia oleh doktor.
Media tempatan bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas jantina dan usia bayi tersebut.
#Akibat ibu cuai anak mati #bayi #Hospital #India #Jahangirabad #ke dalam mulutnya #kecuaian #mati #memasukkan wayar pengecas telefon pintar #meninggal dunia #telefon pintar
;