Bayi kritikal dilahirkan selepas ibu maut ditikam

Agensi
Julai 1, 2019 11:02 MYT
Sekumpulan paramedik berjaya menyambut kelahiran seorang bayi di saat ibunya maut akibat ditikam dalam satu kejadian pada Sabtu di London.
Sekumpulan paramedik berjaya menyambut kelahiran seorang bayi di saat ibunya maut akibat ditikam dalam satu kejadian pada Sabtu di Thornton Heath, London.
Dalam kejadian sekitar pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Kellymary Fauvrelle, 28, yang sarat hamil lapan bulan ditikam pada bahagian jantung menyebabkannya meninggal dunia.
Pada Februari lalu, wanita berkenaan memuat naik status di lama Facebook miliknya: “Kami tak sabar mahu melihat kamu’.’
Sementara itu, pada hari kejadian, jiran-jiran Fauvrelle terdengar jeritan dari arah rumah mangsa.
“Tak lama sebelum itu, saya ternampak seorang wanita keluar dari rumah sebelum pengsan di atas jalan,” katanya jiran yang enggan dikenali kepada Mail Online.
Markas pusat bagi Perkhidmatan Polis Metropolitan, Scotland Yard bagaimanapun tidak mendedahkan jantina bayi malang itu yang kini berada dalam keadaan kritikal.
Polis turut berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 37 tahun atas tuduhan membunuh.
Sementara itu, Ketua Detektif, Mick Norman berkata, kejadian itu adalah antara yang terburuk melibatkan seorang ibu muda manakala anaknya pula kini kritikal.
“Fauvrelle merupakan mangsa bunuh ke-64 di bandar itu sejak awal tahun,” jelasnya.
#bayi #bunuh #London #mangsa #meninggal dunia
;