Bayi 'grumpy' curi perhatian ...!
Agensi
Disember 13, 2019 18:55 MYT
Disember 13, 2019 18:55 MYT
HASIL kerja seorang jurugambar dari Ohio, Amerika Syarikat menjadi tumpuan selepas menjadi tular di media sosial.
Foto Juntine Tuhy yang memaparkan mimik wajah ‘grumpy’ (marah) seorang bayi perempuan berusia dua minggu mula mencuri perhatian ramai selepas dia memuat naik imej itu di laman media sosialnya.
Menerusi kapsyen pada gambar pertama bayi yang digelar Luna itu, Tuhy cuba berjenaka dengan berkata, 'Luna tidak teruja dengan dengan sesi bergambar itu. Jadi, dia enggan tidur dan memerhatikan setiap pergerakan saya'.
Tuhy turut menyifatkan wajah 'grumpy' Luna sebagai ekspresi terbaik pernah dirakamkannya.
Portal berita antarabangsa, Fox News memetik kenyataan Tuhy melaporkan Luna tidak meragam sepanjang sesi penggambaran tersebut walaupun wajahnya seakan 'tidak puas hati' dengan keadaan sekeliling.
Sebelum ini, Grumpy Cat yang pernah mencetuskan fenomena kerana mimik wajah sedih yang dipaparkan olehnya dan menghiasi ribuan 'memes' turut diangkat sebagai bintang di media sosial.
Namun, Tardar Sauce dilaporkan mati di kediaman pemiliknya pada usia tujuh tahun pada 14 Mei lalu.