Bayi didera ibu sendiri dan teman lelaki hingga mati
Agensi
Mac 27, 2018 19:19 MYT
Mac 27, 2018 19:19 MYT
Siapa sangka seorang ibu sanggup mendera anak yang telah dikandungnya selama sembilan bulan hanya kerana masalah ekonomi?
Insiden yang terjadi di Karawang, Indonesia ini nyata mengejutkan apabila seorang ibu yang bernama Sinta, 27 tahun, yang sanggup mendera anaknya Calista yang baru berusia 15 bulan.
Menurut laporan media tempatan, Calista turut didera teman lelaki ibunya.
Pelbagai bentuk penderaan dilakukan terhadap Calista termasuk tubuhnya digigit, dipijak, dipukul dan dicucuh puntung rokok.
Akibat daripada penderaan itu, Calista terpaksa dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di sana akibat kecederaan teruk yang dialaminya.
Penyeksaan yang dialami insan tidak berdosa ini berakhir apabila doktor mengesahkan bayi itu menghembuskan nafas terakhir pada 25 Mac selepas dimasukkan ke hospital sejak 10 Mac lalu.
Menurut laporan media tempatan, Sinta mengaku bersalah terhadap penderaan yang dilakukan terhadap anaknya.
“Selepas siasatan dijalankan, ibunya mengaku melakukan penderaan itu untuk melepaskan tekanan yang dialaminya,” kata polis seperti yang dipetik daripada Tribunnews.com
#bayi
#Calista
#dera
#ekonomi
#Hospital
#Indonesia
#Karawang
#maut
#meninggal dunia
#polis
#siasatan
#Sinta