Bayi berkepala dua gemparkan penduduk Syria

Gempak
Mei 30, 2017 08:25 MYT
Menurut portal berita Al-Arabiya, bayi itu telah dipindahkan ke sebuah hospital di Turki sebaik sahaja dilahirkan bagi mendapatkan nasihat pakar dan rawatan lanjut.
SEORANG wanita telah mengejutkan neziten kerana melahirkan seorang bayi istimewa yang memiliki dua kepala.
Kelahiran bayi istimewa ini dilaporkan berlaku di bandar Idlib, Syria pada minggu lalu.
Kejadian yang jarang belaku ini telah dikongsi oleh Pusat Berita Syria menerusi platform media sosial mereka, namun identiti keluarga bayi tersebut dirahsiakan.
Foto bayi berkepala dua tersebut tular di media sosial dan rata-rata netizen terkejut dengan kejadian itu.
Menurut portal berita Al-Arabiya, bayi itu telah dipindahkan ke sebuah hospital di Turki sebaik sahaja dilahirkan bagi mendapatkan nasihat pakar dan rawatan lanjut.
Walau bagaimanapun, doktor yang menyambut kelahiran bayi itu amat terkejut ketika dia dilahirkan.
”Saya amat terkejut kerana bayi ini memiliki sepasang lagi mata, telinga, hidung dan mulut,” katanya kepada pihak media.
Kejadian yang sama pernah terjadi pada awal 2017 di mana seorang bayi perempuan telah lahir dengan dua kepala.
Bayi tersebut bagaimanapun kini menjalani kehidupan normal apabila kepalanya dibedah dan menjadi satu.
Sumber : Al-Arabiya, New York Post
Olahan : Izzat Ridzwan
#bayi #kepala dua #Syria #wanita
;