Bayi 14 bulan minum kopi ganti susu

Sinar Harian
September 18, 2019 13:50 MYT
Hadijah Haura telah diberi minum kopi sejak berusia enam bulan.- Foto Kompas
Akibat tidak mampu membeli susu, seorang bayi yang berusia 14 bulan di Indonesia terpaksa diberi minum kopi.
Hadijah Haura dari Kabupaten Polewali Mandar, Sulawesi Barat telah diberi minum kopi hampir setiap hari sejak berusia enam bulan.
Ibu bayi berkenaan, Anita mengakui bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup.
Akibat rutin itu, Hadijah akan menangis dan tidak boleh tidur tanpa minum kopi.
Bagaimanapun selama lapan bulan minum kopi, bayi tersebut tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. - Agensi
#bayi diberi minum kopi #Hadijah Haura #Kabupaten Polewali Mandar #kesempitan hidup #masalah kesihatan #tidak boleh tidur
;