'Bawa kondom, beri kerjasama kepada perogol' - Pembikin filem mohon maaf atas keterlanjuran

Faris Danial Razi
Disember 11, 2019 11:42 MYT
Berikutan kontroversi itu, sekumpulan wanita telah berinteraksi menerusi laman Facebook dilaporkan telah berjumpa dengan keluarga Shravan dan berbincang dengan ibunya. - Gambar fail
Seorang pembikin filem India yang mengeluarkan kenyataan bahawa kaum wanita perlu bekerjasama dengan perogol telah memohon maaf atas kenyataannya.
Danial Shravan mencetuskan kontroversi sehingga menerima kecaman hebat selepas membuat kenyataan berkenaan menerusi media sosial.
Ia susulan kes pembunuhan yang berlaku di negara itu di mana seorang doktor haiwan wanita yang dikenali sebagai Priyanka Reddy ditemui mati selepas dirogol secara beramai-ramai pada bulan lalu.
Tetapi apa yang lebih menaikkan kemarahan para netizen ialah apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa wanita perlu rela melakukan hubungan seks bersama mana-mana lelaki agar kes rogol dan pembunuhan seperti itu dapat dielakkan.
"Perogol mencari cara untuk memuaskan keinginan nafsu dan oleh itu mereka akan terfikir untuk melakukan pembunuhan.
“Jadi, adalah lebih baik jika kaum wanita tidak melawan dan sebaliknya menerima tawaran rogol tersebut,” katanya.
Beliau menambah bahawa wanita yang berusia 18 tahun ke atas di negara itu perlu diberi pendidikan tentang pemerkosaan dan dinasihatkan membawa kondom setiap masa.
"Jika anda hendak diperkosa, serahkan kondom kepada pemangsa dan cuba untuk bekerjasama dengannya semasa dia ingin memenuhi keinginan seksualnya.
"Dengan cara itu, pemangsa tidak akan cuba untuk membahayakan anda," kata Shravan.

If this is for real, I want to die. pic.twitter.com/yT5zsepJ6f

— Sonal Kalra (@sonalkalra) December 4, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ideas going around. Some of this content is in Telugu. Basically the ideas these men have given is - cooperate and offer condoms to prevent murder after rape, womens organizations are the reason for rape. Rape is not heinous, murder is. pic.twitter.com/2eqhrQA02T

— Chinmayi Sripaada (@Chinmayi) December 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikutan kontroversi itu, sekumpulan wanita telah berinteraksi di laman Facebook dan dilaporkan berjumpa dengan keluarga Shravan dan berbincang dengan ibunya.
Menerusi video YouTube yang dimuat naik, ibu Shravan dilihat amat kecewa dan malu lantas meminta dia membuat permohonan maaf kepada golongan wanita.
Menurut laporan portal antarabangsa International Business Times, Shravan memberitahu bahawa kenyataan awal itu bukan pandangan peribadinya, sebaliknya ia petikan daripada skrip watak jahat projek filemnya.
"Saya ingin membuat permohonan maaf kerana menyiarkan komen sensitif sehingga mengundang kemarahan orang ramai.
"Saya menyesal kerana mengeluarkan kenyataan tersebut dan berjanji tidak akan mengulanginya.
"Saya memohon maaf untuk itu dan saya tidak ada niat untuk menujukan ia kepada sesiapa pun, saya minta maaf atas segala salah faham yang dibuat di media sosial," tambahnya.
Bagaimanapun, media melaporkan bahawa orang ramai sukar untuk menerima permohonan maafnya meskipun telah memadam kenyataan awal berkenaan.
#bawa kondom #Danial Shravan #India #media sosial #Priyanka Reddy #rogol
;