Basikal Presiden Jokowi dilelong satu bilion rupiah!

Sinar Harian
September 15, 2018 23:23 MYT
Selain basikal Jokowi, kasut spike milik pelari pecut Indonesia yang mencipta nama pada temasya Sukan Asia baru-baru ini, Muhammad Zohri turut dilelong.
Sebuah basikal yang pernah ditunggang Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi 'laku keras' dalam satu majlis lelongan di Jakarta, semalam.
Gabenor Nusa Tenggara Barat, Muhammad Zaidnul Majdi berkata, acara amal itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu mangsa gempa bumi di Lombok.
Salah satu barangan yang dilelong ialah basikal Presiden Jokowi. Ia dibuka pada harga 600 juta rupiah (RM167,713) dan akhirnya ia dilelong pada harga satu bilion rupiah (RM279,450).
"Pembelinya adalah seorang tetamu majlis yang bernama Jonathan dari Tahir Foundation," katanya.
Selain basikal Jokowi, kasut spike milik pelari pecut Indonesia yang mencipta nama pada temasya Sukan Asia baru-baru ini, Muhammad Zohri turut dilelong.
Zohri yang berasal dari Lombok pernah menyarung kasut itu ketika bergelar juara remaja dunia di Finland. - Liputan 6
#basikal #gempa bumi #Indonesia #Jakarta #Joko Widodo #Jokowi #lelong #presiden #Presiden Indonesia #remaja #rupiah
;