Bashar rayu anggota BRICS bantu tamatkan konflik berdarah

Astro Awani
Mac 27, 2013 07:14 MYT
Presiden Syria Bashar Al-Assad merayu kepada anggota Forum Ekonomi Lima Negara (BRICS) yang bersidang di Afrika Selatan untuk membantunya menamatkan konflik berdarah.
Ia menyusul sehari selepas Liga Arab menyokong pembangkang Syria sebagai wakil rasmi di persidangan tersebut.
Dalam sepucuk surat yang dihantar kepada negara anggota BRICS untuk menggunakan segala pengaruhnya bagi menghentikan keganasan syarat penting yang akan menjamin kepada penyelesaian politik di Syria.
Bagi memastikan matlamat itu tercapai, Bashar menegaskan, perlu ada kesungguhan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan sumber pembiayaan dan persenjataan kepada kumpulan penentang anti kerajaan.
Selain itu, Assad turut menyeru agar negara eropah dan Amerika Syarikat menghentikan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Syria.
Negara anggota BRICS dilihat mempunyai keupayaan untuk membantu Syria terutamanya melalui aspek ekonomi.
#Bashar al-Assad #BRICS #Liga Arab #merayu #tamatkan konflik
;