Bashar Assad: Israel cuba gugat kestabilan Syria
Astro Awani
Februari 3, 2013 06:45 MYT
Februari 3, 2013 06:45 MYT
Presiden Bashar Assad menuduh Israel cuba menggugat kestabilan Syria dengan melancarkan serangan udara minggu lalu.
Ia kenyataan pertama Damsyik berkaitan serangan udara itu yang didakwa didalangi rejim zionis.
Bashar dalam pada itu berkata tenteranya berupaya untuk menangkis sebarang tindakan keganasan yang mensasarkan Syria.
Beliau merujuk kepada cubaan Israel untuk menjatuhkan rejim yang ada sekarang di Syria diketuainya.
Presiden Syria yang tertekan dengan kebangkitan berpanjangan rakyat itu membuat kenyataan tersebut semasa pertemuan dengan pegawai tertinggi Iran Saeed Jalili.
Menteri pertahanan Israel sebelum ini membayangkan bahawa ia terlibat dalam serangan udara pada minggu lepas di Syria.
Washington sekutu rapat Israel memberi kenyataan bahawa serangan adalah untuk mensasarkan konvoi yang membawa senjata bagi diserahkan kepada Hezbollah kumpulan yang berpangkalan di Lubnan negara jiran Syria.
Sementara itu Iran berharap supaya Syria membalas serangan Israel itu.
Tetapi pemimpin pembangkang dan pemberontak Syria membidas Bashar kerana tidak memberi tindak balas kepada serangan itu sambil mengaitkannya dengan kelemahan kerajaan pimpinan sekarang.
Lebih 60 ribu orang terbunuh dalam konflik berpanjangan selama 22 bulan antara kerajaan Bashar dan tentera anti kerajaan.