Bas terjunam dalam gaung, 11 terkorban di Bolivia
Astro Awani
Januari 30, 2022 09:03 MYT
Januari 30, 2022 09:03 MYT
SEBELAS orang terbunuh manakala 18 yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di Cochabamba, Bolivia.
Bas berkenaan dilaporkan terjunam ke dalam gaung sekitar 200 meter.
Menurut pihak berkuasa, bas pengangkutan awam luar bandar itu dalam perjalanan dari perkampungan Kami, kira-kira 180 kilometer ke tenggara La Paz, menuju pusat bandar Cochabamba.
Stesen radio tempatan melaporkan, nahas berlaku disebabkan kegagalan fungsi mekanikal.
Kemalangan jalan raya di Bolivia sering berlaku, rata-ratanya disebabkan oleh jalan yang tidak diselenggara dengan baik sehingga mengakibatkan ratusan kematian setiap tahun.