Bas bertembung dengan kenderaan berat, 35 maut

Agensi
Oktober 16, 2019 06:18 MYT
Bas yang disewa itu membawa 39 penumpang yang terdiri daripada warganegara Asia dan Arab Saudi. Gambar - Twitter / Nws_MENA
Sekurang-kurangnya 35 mangsa terkorban apabila sebuah bas tempahan khas bertembung dengan kenderaan muatan berat dalam satu kemalangan jalan raya di Madinah di Arab Saudi, pada Rabu.
Menurut jurucakap polis, kemalangan turut mengakibatkan empat mangsa mengalami kecederaan serius.
Memetik agensi berita SPA, ketika kemalangan, bas yang disewa itu membawa 39 penumpang yang terdiri daripada warganegara Asia dan Arab Saudi.
Mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Al-Hamna bagi mendapatkan rawatan lanjut.

#BREAKING | At least 30 pilgrims were killed and five injured in an accident between a bus and a car in #SaudiArabia pic.twitter.com/jQC43YEIWP

— Ahmed Jahaf (@A7medJa7af) October 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#ArabieSaoudite Un terrible accident entre un véhicule et un bus de pèlerins a causé la mort de 35 pèlerins et plusieurs blessés sur la route qui mène de Médine à la Mecque. Le bus a pris feu rapidement après avoir heurté le véhicule. On ignore encore la nationalité des victimes pic.twitter.com/kbzup2LIkk

— · (@Nws_MENA) October 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arab Saudi #bas #Hospital #kemalangan #kemalangan maut #polis
;