Baru seminggu dipenjara, 'Raja Tose' meninggal dunia akibat kegagalan jantung

Agensi
Julai 20, 2019 08:41 MYT
Rajagopal yang mempunyai lebih 80 rantaian restoran Saravana Bhavan di seluruh dunia disabit bersalah membunuh suami wanita yang digilainya pada 2004. - Foto Agensi
Taikun restoran tose India yang dikenali sebagai ‘dosa king’ meninggal dunia di hospital akibat kegagalan jantung seminggu selepas dia memulakan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membunuh.
P Rajagopal, 71, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Vijaya di Chennai semalam selepas dia mengalami masalah jantung pada Selasa lalu.
Ketika dia menyerah diri pada 9 Julai lalu, Rajagopal tiba di Mahkamah Tinggi Madras dengan menaiki ambulans dan turut memakai topeng oksigen.
Rajagopal yang mempunyai lebih 80 rantaian restoran Saravana Bhavan di seluruh dunia disabit bersalah membunuh suami wanita yang digilainya pada 2004, namun hanya menjalani hukuman penjara pada bulan ini apabila Mahkamah Agung menolak rayuan terakhirnya. - Agensi
#Chennai #dosa king #Hospital Vijaya #India #membunuh #meninggal dunia #P Rajagopal #penjara #raja tose #topeng oksigen
;