Baru sebulan dilancar, perkhidmatan CNN Plus ditamatkan 30 April ini

Astro Awani
April 22, 2022 08:45 MYT
Keputusan itu dibuat pengurusan baharu selepas bekas syarikat induk CNN, WarnerMedia, bergabung dengan Discovery untuk membentuk Warner Bros. -Gambar fail/AP
PERKHIDMATAN CNN+ akan ditamatkan pada penghujung bulan ini hanya selepas sebulan dilancarkan.
Keputusan itu dibuat pengurusan baharu selepas bekas syarikat induk CNN, WarnerMedia, bergabung dengan Discovery untuk membentuk Warner Bros.
Para pelanggan yang sedia melanggan akan menerima pulangan wang kembali untuk baki langganan mereka.

CNN+, the streaming service that was hyped as one of the most signifiant developments in the history of CNN, will shut down on April 30, just one month after it launched. https://t.co/K92mv8qBE7

— CNN (@CNN) April 21, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
CNN+ merupakan salah satu perkhidmatan penstriman baharu yang diperkenalkan dengan fokus terhadap kandungan berbentuk berita dan kandungan berinformasi.
CNN turut menekankan bahawa dalam pasaran penstriman kini, pelanggan inginkan sesuatu yang mudah dan menyertakan perkhidmatan semua-dalam-satu.
Ini sekali gus memberikan cabaran untuk CNN+ terus beroperasi.
Buat masa ini, kandungan sedia ada di CNN+ masih dapat diakses sebelum perkhidmatan berkenaan ditamatkan 30 April ini.
#CNN PLUS #WarnerMedia #Warner Bros #tamat perkhidmatan
;