Baru empat hari disatukan, 'periuk nasi' diceraikan
Agensi
Oktober 4, 2021 19:40 MYT
Oktober 4, 2021 19:40 MYT
TINDAKAN aneh seorang lelaki yang 'mengahwini periuk nasi elektrik', nampaknya tidak berakhir dengan baik.
Baru empat hari 'beristerikan' periuk nasi itu, pemuda Indonesia bernama Khoirul Anam itu memilih untuk menceraikannya.
Suara.com melaporkan, alasan yang diberikan untuk 'bercerai' ialah isterinya itu hanya boleh memasak nasi.
Sebelum ini, tular di laman sosial gambar 'pernikahan' Khoirul Anam dan sebuah 'periuk nasi elektrik'.
Ia disifatkan netizen sebagai gurauan sarkastik terhadap lelaki yang gemar memilih wanita yang berkulit putih, pendiam dan pandai memasak untuk dijadikan isteri.
Dalam ciapan yang dimuat naik di Twitter @lagidirumah itu, Khoirul dilihat mengenakan pakaian serba putih sempena majlis tersebut, malah periuk nasi itu juga dipakai veil atau selendang.