Barisan menteri PM Pakistan Shehbaz Sharif angkat sumpah

Bernama
April 19, 2022 14:35 MYT
Mereka terdiri 37 Ahli Parlimen yang mewakili parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) pimpinan Shehbaz dan sekutunya Pergerakan Demokratik Pakistan (PDM). - Gambar/ FB PML(N)
NEW DELHI: Barisan Kabinet baharu Pakistan pimpinan Perdana Menteri Shehbaz Sharif mengangkat sumpah jawatan di Istana Presiden di Islamabad pada Selasa.
Mereka terdiri 37 Ahli Parlimen yang mewakili parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) pimpinan Shehbaz dan sekutunya Pergerakan Demokratik Pakistan (PDM).
Majlis angkat sumpah itu disaksikan Pengerusi Senat Sadiq Sanjrani yang mewakili Presiden Arif Alvi.
Hina Rabbani Khar dari Parti Rakyat Pakistan (PPP) dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar dan Rana Sanaullah dari PML-N akan menerajui Kementerian Dalam Negeri.
-- BERNAMA
#Pakistan #Kabinet Baharu #Perdana Menteri #Shehbaz Sharif