Bapa tidak beri duit belanja, ibu ugut bunuh anak
Sinar Harian
Jun 8, 2024 10:20 MYT
Jun 8, 2024 10:20 MYT
SULAWESI: Seorang ibu tergamak memukul dan mengugut bunuh anaknya yang masih kecil hanya kerana mahu menarik perhatian suaminya agar memberikan wang perbelanjaan.
Malah aksi yang dirakam oleh ibu berkenaan tular di media sosial.
Dalam rakaman itu memperlihatkan dia memukul anaknya bahkan mengancam mahu membunuhnya menggunakan sebilah pisau dapur.
Kejadian berlaku di Batonompo daerah Gowa Sulawesi Selatan.
Menurut Ketua Informasi dan Dokumentasi Polis Gowa, Ipda Udin Sibadu berkata, pelaku yang dikenali sebagai HA, 19, mengaku dia pada asalnya mahu menghantar video berkenaan kepada suaminya sebagai satu ugutan.
"Kemudian dia (suami), mengirimkan video kepada adik kandungnya setelah itu mereka menyiarkan video itu ke Facebook dan akhirnya tular di media sosial," katanya pada Khamis.
Tambah Ipda lagi, pelaku mengaku bahawa suaminya tidak memberi wang belanja kepada dia dan anaknya itu sudah hampir dua minggu.
"Susulan itu kami telah memberi peringatan kepada dia supaya tidak mengulangi perbuatannya itu.
Justeru Ipda mengingatkan kepada masyarakat keseluruhan supaya bijak dan berhati-hati ketika membuat sebarang hantaran di media sosial, kerana ia bakal memberi kesan kepada penggunanya.
"Sekiranya ada masalah keluarga itu selesaikanlah dengan cara tertutup dan dengan cara kekeluargaan," akhirinya. - Sinar Harian memetik agensi