Bapa 'over-protective' bentes, baling mainan untuk halau anak orang lain

Agensi
April 11, 2018 20:50 MYT
Ketika budak lelaki itu cuba mengambil mainan daripada lelaki berkenaan, dia dilihat bukan sahaja dimarahi malah turut ditendang, ditolak dan dicampak mainan kepadanya. - Foto Facebook / Ow May Chen
Seorang ibu bengang kerana anaknya yang berusia lima tahun dikasari oleh seorang lelaki di sebuah taman permainan tertutup di Singapura.
Ow May Chen telah memuat naik rakaman CCTV kejadian itu di laman Facebooknya, membuktikan lelaki tersebut didakwa mengasari anaknya.
Rakaman yang mendapat lebih dari 14,000 penonton dan dikongsi sebanyak 170 kali di Facebook itu menunjukkan anak wanita berkenaan kelihatan ingin bermain bersama dua lagi kanak-kanak perempuan yang merupakan anak kepada lelaki terbabit.
Namun ketika budak lelaki itu cuba mengambil mainan daripada lelaki berkenaan, dia dilihat bukan sahaja dimarahi malah turut ditendang, ditolak selain mainan itu dicampak.
Dalam pada itu, Ow juga dilihat cuba menenangkan keadaan dengan cuba menjauhkan anaknya daripada keluarga itu.
Selain itu, Ow turut mendakwa lelaki terbabit tidak mengaku menyentuh anaknya sehingga perkara itu dibuktikan menerusi rakaman CCTV dan satu laporan polis dibuat.
“Kami mengambil keputusan memadam rakaman CCTV itu di laman Facebook kerana ia akan memberi kesulitan kepada pemilik taman permainan berkenaan.
“Jika pihak taman permainan itu tidak membantu kami dan tidak memberi rakaman tersebut, ia akan menyukarkan kami untuk membuat laporan polis,” jelas Ow menerusi Facebooknya.
Walaupun lelaki itu nampak salah melayan kanak-kanak berusia lima tahun seperti itu, beberapa netizen percaya bahawa wanita terbabit juga patut dipersalahkan kerana tidak mengawasi anaknya.
#CCTV #Facebook #Kanak-kanak #keluarga #Singapura
;