Bapa mohon maaf tuduh 'kejantanan' menantu punca kematian anak
Agensi
Mac 29, 2019 09:34 MYT
Mac 29, 2019 09:34 MYT
Penyebaran khabar angin di sebuah kampung di Jakarta, konon seorang perempuan meninggal dunia kerana suaminya mempunyai alat kelamin terlalu besar mengundang laporan polis yang dibuat oleh bapa wanita terbabit.
Tanpa usul periksa, laporan polis terhadap menantunya bernama Basar tersebut telah dibuat oleh Sito, 55, dari Dusun Brukkan di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur, lapor Tribun News.
Walhal, sebenarnya anak perempuannya yang bernama Jumatri meninggal dunia disebabkan wanita itu diserang sawan yang dihidapinya sejak kecil.
Sehubungan itu, Liputan6 melaporkan Ketua Siasatan Jenayah Maron, Aipda Dadang Aipda bertindak memanggil kesemua mereka yang terlibat untuk berbincang secara baik.
Basar secara sukarela telah menunjukkan kemaluannya kepada bapa mertuanya itu bagi membuktikan tuduhan terhadapnya itu adalah palsu.
Sito akhirnya menarik balik laporan polis berkenaan serta membuat permohonan maaf.
“Saya minta maaf sebesarnya. “Ramai orang berkata kelamin menantu saya besar, namun ternyata saya lihat sendiri kecil.
“Saya tak akan percaya omongan tetangga lagi. Tukang membuat omongan itu dajjal,” katanya.
#Jakarta
#Jawa Timur
#Jumatri
#kemaluan
#khabar angin
#laporan polis
#permohonan maaf
#sawan
#Tribun News