Bapa lacur anak gadis sendiri

Sinar Harian
September 27, 2018 05:56 MYT
Mahkamah Jenayah Pusat Iraq menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara terhadap seorang lelaki selepas disabit bersalah menjual anak gadisnya. -Foto Sinar Harian
Mahkamah Jenayah Pusat Iraq semalam menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara terhadap seorang lelaki selepas disabit bersalah menjual anak gadisnya.
"Mahkamah Jenayah Pusat telah meneliti semula kes seorang lelaki yang dihukum setelah dia mengaku menjual anak perempuannya lebih dari satu kali untuk 20 juta dinar Iraq (RM66,000) untuk tujuan pelacuran" kata Hakim Abdul-Sattar Bayraqdar.
Bayraqdar berkata, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2012. -Agensi

#Abdul-Sattar Bayraqdar #Akta Anti Pemerdagangan Orang #Anti Penyeludupan Migran #hukuman 15 tahun penjara #Iraq #jual anak #Mahkamah Jenayah Pusat #pelacuran #Seksyen 26A
;