Bapa dipenjara seumur hidup, bunuh anak 4 bulan
Agensi
Februari 24, 2019 18:32 MYT
Februari 24, 2019 18:32 MYT
Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah menyebabkan kematian anaknya yang berusia empat bulan oleh Mahkamah Birmingham Crown, United Kingdom.
Lapor Mirror.co.uk, Neil Smith, 33 melakukan kesalahan berkenaan pada 4 Ogos 2017, ketika isterinya, Nicola pulang ke rumah mereka di Walsall, West Midlands pada malam kejadian dan mendapati anak mereka tidak bernyawa.
Bedah siasat menunjukkan, bayi berkenaan, Hope Sofia mengalami kecederaan otak yang kritikal kesan daripada goncangan kuat atau dicampak ke atas permukaan lembut atau kedua-duanya sekali.
Polis berkata, tiada sebab yang munasabah diberikan Neil ke atas tindakannya itu tetapi Neil dikatakan melakukan ‘serangan’ tersebut selepas kecewa menonton perlawanan bola sepak di TV malam itu.
Hope diberikan rawatan dengan menggunakan mesin sokongan hidup sehinggalah ia terpaksa dihentikan pada November, 2017.
Isterinya, Nicola dalam satu kenyataan tidak dapat menerima apa yang telah berlaku dan sukar untuk memahami mengapa suaminya sanggup melakukan perkara berkenaan ke atas anak mereka.