Bantuan alat pemanas ceriakan kanak-kanak Syria

Hilal Azmi
Januari 18, 2014 23:41 MYT
Tahun ini musim sejuk di Syria adalah paling buruk dalam tempoh 100 tahun. Salah satu bantuan kritikal termasuk membekalkan alat pemanas khususnya kepada kanak-kanak mangsa perang.
Bantuan alat pemanas akibat suhu sejuk melampau bukan sahaja penting untuk keselesaan hidup. Dalam hal pendidikan, alat pemanas dianggap penting setanding alat tulis.
Fungsinya antara lain memberi keceriaan kepada pelajar sekali gus menjadikan mereka cergas ketika menuntut ilmu.
#alat pemanas #kanak-kanak Syria #Syria