Bantu jimat duit syarikat, lelaki sanggup masak guna mesin kopi

Agensi
September 7, 2022 11:31 MYT
Apa yang menarik perhatian apabila dia memilih menggunakan mesin kopi untuk memasak. - Twitter/@anothercohen.
TEXAS: Niat bantu jimat duit syarikat, seorang lelaki sanggup memasak di dalam bilik hotel ketika dalam lawatan kerja, baru-baru ini.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi pencarian kerja LinkedIn, Alexander Cohen berkongsi cara bagaimana dia mengurangkan kos perbelanjaan.
“Saya ke sini atas urusan kerja dan memilih untuk makan di bilik sahaja. Memandangkan bilik hotel ini tiada dapur jadi saya pilih untuk masak hidangan iaitu ayam disalut mentega dan bawang putih,” tulisnya di LinkedIn.
Apa yang menarik perhatian apabila dia memilih menggunakan mesin kopi untuk memasak.
“Meskipun syarikat beri peruntukan untuk makan ketika dalam lawatan kerja, saya pilih untuk jimat duit memandangkan setiap dolar dikira dalam penyata keuntungan dan kerugian syarikat (P&L),” tulisnya lagi.

This is my best LinkedIn post to date pic.twitter.com/lfyGEGHuo8

— Alex Cohen (@anothercohen) September 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kongsi Cohen yang berasal dari Texas ini, inisiatif ini mempunyai hubung kait dengan kenaikan pangkat.
“Ini merupakan salah satu usaha untuk kenaikan pangkat,” kata Cohen yang turut memuat naik hantaran itu di laman Twitter.
Sementara itu, tindakan Cohen mengundang kecaman netizen yang tidak bersetuju dengan cara yang dianggap tidak masuk akal.
“Benda paling pelik saya pernah nampak di Twitter. Lebih baik beli makanan di luar dari menyusahkan diri sendiri,” tulis netizen.
#Alexander Cohen #Twitter #jimat duit syarikat #LinkedIn
;