Banteras ilmu sihir, novel Harry Potter antara yang dibakar paderi Poland

Agensi
April 2, 2019 11:01 MYT
Novel Harry Potter dikatakan antara yang dibakar dalam satu upacara yang dijalankan paderi Katolik di Poland. - Gambar hiasan
BARU-baru ini, novel ternama JK Rowling, Harry Potter, dipercayai dibakar bersama buku-buku lain dalam satu upacara oleh beberapa paderi Katolik di Poland, kerana dianggap mempromosi ilmu sihir.
Gambar semasa upacara membakar buku-buku sihir itu diambil dan dimuat naik di laman Facebook oleh sebuah yayasan Katolik yang dinamakan SMS From Heaven pada 31 Mac lalu.
Dalam upacara tersebut, sebakul buku-buku yang dikatakan menyebarkan ilmu sihir dibawa keluar dari gereja untuk dibakar dan salah satunya merupakan novel Harry Potter.
Turut dibakar, topeng, pelbagai perhiasan dan juga payung Hello Kitty.
Apabila gambar tersebut dimuat naik di Facebook, ia menimbulkan kemarahan pengguna laman sosial itu yang meninggalkan komen mempersoalkan tentang kewarasan paderi terlibat.
Ini bukan kali pertama siri Harry Potter yang popular itu menimbulkan kemarahan golongan fanatik agama.
Ini adalah kerana, siri tersebut dipercayai mendapat sumber inspirasi dari 'roh-roh jahat' serta boleh membuatkan kanak-kanak terpedaya dengan ajaran sesat.
Di Poland, pengaruh gereja Katolik kuat dalam masyarakat konservatisme negara itu dan pernah terlibat dalam pendebatan tentang hak LGBT dan juga peraturan mengenai pengguguran bayi.
#Facebook #Harry Potter #Hello Kitty #JK Rowling #Katolik #LGBT #novel #paderi #poland #sihir
;