Bank Dunia tolak pengecualian hak harta intelek vaksin COVID-19

Astro Awani
Jun 8, 2021 06:26 MYT
Malpass tegaskan pengecualian itu akan menyekat inovasi bagi sektor farmaseutikal. -REUTERS
WASHINGTON: Bank Dunia menolak desakan mengetepikan hak harta intelek untuk vaksin COVID-19.
Presidennya David Malpass tegaskan pengecualian itu akan menyekat inovasi bagi sektor farmaseutikal.
Kenyataan ini dibuat ketika rundingan mengenai hak harta intelek oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) disambung di Geneva, Austria.
Cadangan itu dikemukakan India dan Afrika Selatan.
Pengecualian hak harta intelek ke atas vaksin COVID-19 diperlukan bagi meluaskan akses vaksin.
Ini terutama bagi negara-negara miskin.
Kenyataan Malpass ini juga bercanggah dengan pentadbiran Presiden Joe Biden.
Biden sebelum ini menyokong rundingan berhubung pengecualian hak harta intelek bagi vaksin COVID-19.
Malpass sebaliknya mengulangi desakan supaya negara-negara kaya menderma bekalan vaksin mereka kepada negara miskin.
#COVID-19 #vaksin #Bank Dunia #harta intelek #Davif Malpass #Joe Biden #David Malpass #Hak Harta Intelek #WTO #farmaseutikal
;