Bank Dunia peruntuk bantuan AS$125 juta sokong sektor pertanian Jordan
Bernama
Oktober 12, 2022 13:07 MYT
Oktober 12, 2022 13:07 MYT
AMMAN: Jordan pada Selasa menandatangani perjanjian pinjaman dengan Bank Dunia bernilai AS$125 juta bagi menyokong pembangunan sektor pertanian negara.
Perjanjian pinjaman itu ditandatangani di Amerika Syarikat bertujuan untuk menyokong sektor pertanian Jordan dengan mengukuhkan daya tahan iklim, meningkatkan daya saing dan keterangkuman serta memastikan keselamatan makanan jangka masa sederhana hingga panjang, menurut Bank Dunia dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, kira-kira 30,000 isi rumah akan menerima manfaat pembiayaan sebagai sebahagian daripada pinjaman untuk mengamalkan pertanian bijak iklim dan cekap air.
Pinjaman itu juga dijangka menyediakan latihan berasaskan keperluan dan akan membantu mewujudkan kira-kira 12,000 pekerjaan, terutamanya untuk golongan wanita dan belia.
Program itu juga akan menyediakan peluang ekonomi untuk pelarian Syria, menurut Bank Dunia.
-- BERNAMA