Banjir terburuk 30 tahun, lebih 100 perkampungan ditelenggami air
Agensi
April 2, 2018 07:16 MYT
April 2, 2018 07:16 MYT
Hujan lebat dan salji yang semakin cair dikhuatiri akan mengakibatkan sebanyak 115 kawasan perkampungan di Altai, Rusia ditenggelami air pada Selasa.
Menurut Kementerian Kecemasan negara itu, ia juga merupakan banjir terburuk yang direkodkan dalam tempoh 30 tahun.
Operasi memindah mangsa sedang giat dijalankan melibatkan lebih 1,500 anggota penyelamat dan sukarelawan.
Ekoran banjir buruk itu, ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dari wilayah Altai Krai, yang bersempadan dengan Kazakhstan, di selatan Rusia.
Banjir itu turut menjejaskan beberapa perkampungan di timur Kazakhstan awal minggu lalu, di mana darurat diisytiharkan di beberapa kawasan termasuk Glubokoye dan Shemonaikha.