Banjir Sulawesi: 21 terbunuh, dua hilang, 10 cedera

Astro Awani
Julai 16, 2020 09:05 MYT
Seorang lelaki meninjau keadaan di sebuah rumah yang ditenggelami lumpur susulan kejadian banjir kilat di Kampung Radda, Utara Luwu, Sulawesi, Indonesia, 14 Julai, 2020. REUTERS
SEKURANG-kurangnya 21 individu maut dan dua lagi hilang selepas banjir kilat melanda Wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia, pada Rabu.
Menurut jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional, Raditya Jati, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
Operasi itu bagaimanapun berdepan cabaran disebabkan lumpur tebal meliputi jalan raya dan rumah, serta hujan yang berterusan.
Sementara itu, 10 lagi individu cedera disebabkan banjir yang menjejaskan enam daerah di wilayah tersebut.
Seramai 2,650 penduduk telah dipindahkan ke kawasan yang selamat.
BACA: 16 terbunuh, 23 hilang banjir kilat di Sulawesi
Pegawai Daerah Luwu Utara, Indah Putri Indriani berkata, banjir tersebut bermula pada Isnin petang, susulan hujan lebat yang menyebabkan air di tiga batang sungai melimpah.
Hujan lebat itu juga menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat, serta menjejaskan perhubungan jutaan penduduk yang tinggal di kawasan pergunungan atau berhampiran kawasan banjir.
#banjir #cedera #hilang #Indonesia #lumpur #operasi #rumah #tanah runtuh
;