Banjir Pakistan: Ratusan penduduk dipindah ke tempat selamat

Astro Awani
Ogos 22, 2022 08:00 MYT
Penduduk di Karachi terpaksa meredah air yang membanjiri jalan raya utama di bandar tersebut. - Foto REUTERS
ISLAMABAD: Ratusan penduduk di Fazalpur, Pakistan selatan terpaksa meninggalkan rumah kerana hujan lebat menyebabkan air banjir naik sehingga 10 kaki iaitu paras yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Manakala, wilayah Baluchistan dan wilayah selatan Sindh merekodkan lebih 100 orang terkorban.
Bahagian utara juga terjejas teruk tahun ini apabila banjir yang dicetuskan oleh hujan monsun telah mengorbankan sekurang-kurangnya 36 orang, termasuk 11 maut di kawasan bersempadan dengan Afghanistan.
Pasukan penyelamat membantu penduduk kampung yang terkandas berpindah ke khemah sementara untuk berteduh.
Sejak pertengahan Jun, banjir besar di selatan telah meyebabkan air sungai melimpah dan merosakkan lebuh raya, jambatan dan mengganggu lalu lintas.
Lebih 9,000 rumah telah musnah sepenuhnya dan ada yang rosak sebahagiannya.
Setiap tahun, Pakistan bergelut dengan musim tengkujuh tahunan, mengundang kritikan mengenai perancangan kerajaan yang lemah.
Musim ini berlangsung dari Julai hingga September.
#Pakistan #banjir #mangsa #terkorban
;