Banjir melanda utara Turki, enam terkorban
Astro Awani
Ogos 12, 2021 04:47 MYT
Ogos 12, 2021 04:47 MYT
KASTAMONU: Sekurang-kurangnya enam terkorban selepas banjir dan tanah runtuh melanda utara Turki pada Khamis.
Pengurusan bencana dan kecemasan Turki memaklumkan, seorang lagi mangsa dilaporkan masih hilang.
Banjir yang disebabkan hujan lebat itu melanda wilayah pesisir Laut Hitam Bartin, Kastamonu, Sinop dan Samsun pada Rabu, memusnahkan kediaman dan jambatan serta menghanyutkan kereta.
Banjir juga tercetus ketika pasukan bomba di barat daya Turki berusaha keras memadamkan kebakaran di provinsi Mugla, sebuah kawasan pelancongan yang terkenal.
Kastamonu merupakan kawasan paling teruk terjejas, menyaksikan sebahagian besar kota Bozkurt ditenggelami air.
Sekurang-kurangnya 13 orang cedera apabila sebahagian jambatan di Bartin runtuh.
Manakala di Sinop, 19 orang berjaya diselamatkan dengan menggunakan helikopter.
Banjir | Enam maut, seorang masih hilang