Banjir luar biasa melanda Northland di New Zealand

Agensi
Julai 18, 2020 13:47 MYT
Kejadian ribut dan hujan lebat luar biasa melanda Northland di New Zealand menyebabkan wilayah itu kini di tenggelami air sejak Jumaat. - Gambar AP
Kejadian ribut dan hujan lebat luar biasa melanda Northland di New Zealand sejak Jumaat.
Fenomena itu dikatakan pernah berlaku setiap 500 tahun dan menyebabkan kejadian tanah runtuh.
Beberapa jalan raya utama yang menghubungkan wilayah berkenaan serta bekalan air turut terputus akibat tanah runtuh.
Pihak berkuasa mengarahkan penduduk tempatan segera berpindah ke beberapa pusat pemindahan sementara yang dibina di sekitar wilayah itu.
Lebih 200 panggilan kecemasan diterima pihak berkuasa Northlands daripada penduduk yang terperangkap tidak dapat keluar daripada kawasan kejadian akibat paras air menenggelami jalan raya.
#banjir #mangsa #New Zealand #Northlands #pihak berkuasa #pusat pemindahan #rakyat #tanah runtuh #Whangarei