JEDDAH: Hujan lebat berterusan yang melanda Jeddah membawa banjir di bandar kedua terbesar Arab Saudi itu.

Keadaan itu menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga ke paras lutut.

Banjir turut menyebabkan kenderaan terkandas dan jalan terpaksa ditutup.

Pihak berkuasa Meteorologi Arab Saudi (NCM) memaklumkan hujan dijangka berterusan dan turut menjejaskan wilayah-wilayah Arab Saudi yang lain.

Antaranya Asir, Baha, Mekah dan Madinah.

Bencana | Banjir landa Jeddah, amaran hujan berterusan dikeluarkan

Ini bukan kali pertama banjir berlaku di negara itu.

Pada tahun 2009, banjir menyebabkan 120 terkorban, manakala pada tahun 2011, 10 individu maut.

Tahun lepas kerajaan Arab Saudi memperuntukan AS$106 juta bagi menaik taraf sistem perparitan di Jeddah.