Banjir kilat: Seorang maut, puluhan masih hilang di Greece

Astro Awani
Oktober 15, 2022 23:30 MYT
Beberapa kenderaan tenggelam dalam kejadian banjir di Agia Pelagia. - Foto AP
AGIA PELAGIA: Seorang lelaki dilaporkan lemas dalam kejadian banjir buruk akibat sungai melimpah susulan ribut yang melanda Greece pada Sabtu.
Menurut laporan antarabangsa, puluhan yang lain dilaporkan hilang.
Pihak berkuasa menyifatkan kejadian tersebut sebagai banjir terburuk sehingga mengejutkan orang ramai.
Antara kawasan yang paling teruk terjejas adalah di bandar tepi laut Agia Pelagia, kira-kira 25 kilometer barat Laut Iraklio, yang merupakan bandar terbesar di pulau itu.
Pihak bomba menemui mayat lelaki berusia 50 tahun selepas kenderaanya dihanyutkan arus deras.
Difahamkan terdapat seorang wanita dalam kenderaan sama namun masih belum menemuinya.
Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.
#banjir kilat #aurs deras #mangsa #sungai melimpah