Banjir kilat di Indonesia ragut 11 nyawa

Sinar Harian
Ogos 25, 2024 16:00 MYT
Banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat awal pagi Ahad mengakibatkan 11 kematian di daerah Rua, Ternate, Maluku Utara. - Foto Agensi
JAKARTA: Banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat awal pagi Ahad mengakibatkan 11 kematian di daerah Rua, Ternate, Maluku Utara, menurut laporan media tempatan.
Banjir yang melanda sekitar 3.30 pagi waktu tempatan itu menyebabkan kerosakan termasuk beberapa bangunan runtuh.
"Sepuluh mangsa ditemukan meninggal dunia manakala usaha mencari seorang lagi masih diteruskan,” kata ketua operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) Ternate, Bram Madya Temara seperti dipetik Poskomalut.
Beliau berkata tiga individu yang cedera dibawa ke Hospital Chasan Boesoirie di Ternate, manakala seorang lagi dihantar ke Hospital Tentera.
Seorang penduduk tempatan, Samsudin Senen memberitahu bahawa banjir yang berlaku akibat hujan lebat pada malam sebelumnya turut meragut nyawa cucunya.
Dia juga mendakwa sekitar 30 rumah di kawasan itu mengalami kerosakan teruk atau sederhana.
Jentera berat dikerah untuk membantu usaha mencari dan menyelamat disokong anggota tentera, polis, agensi pengurusan bencana wilayah, sukarelawan, dan penduduk tempatan. -- Sinar Harian
#banjir #Indonesia #bangunan runtuh #hujan lebat
;