Banjir Jakarta semakin buruk, tiada tanda hujan reda
Astro Awani
Januari 23, 2014 12:18 MYT
Januari 23, 2014 12:18 MYT
Banjir Jakarta tidak menunjukkan tanda akan reda, selepas air sungai melimpah dari tebing, akibat hujan lebat tanpa henti.
Terdapat beberapa bahagian di bandar itu yang mencatat paras air setinggi empat meter.
Agensi Bencana Nasional memaklumkan sehingga kini, lebih 4,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Manakala, seramai 120,000 penduduk terjejas akibat banjir, melibatkan 33 daerah.
Sementara itu, media tempatan mengkritik cara pengurusan banjir oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Susilo dilaporkan terbang ke Bali untuk menghadiri mesyuarat Parti Demokrat biarpun banjir semakin memburuk.