Banjir di Rwanda ragut 127 nyawa
Agensi
Mei 3, 2023 06:45 MYT
Mei 3, 2023 06:45 MYT
KIGALI: Banjir besar yang melanda wilayah barat Rwanda telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 127 orang dan menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.
Bencana alam itu berlaku selepas hujan lebat berterusan selama beberapa hari di negara itu.
Wilayah paling teruk terjejas ialah di Karongi yang mencatatkan 60 korban.
Sehubungan itu, kerajaan Rwanda mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari bagi mengenang mereka yang telah kehilangan nyawa dalam banjir tersebut.
Rwanda sering mengalami musim hujan yang hebat dan banjir yang teruk sering berlalu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Sekitar 200 orang dilaporkan meninggal dunia dalam banjir dan tanah runtuh pada tahun 2019.
Pihak berkuasa sedang berusaha untuk menyediakan bantuan kepada mangsa banjir, termasuk pemberian bahan makanan dan tempat tinggal sementara.
Pelbagai organisasi bukan kerajaan dan agensi bantuan antarabangsa juga mula menghantar bantuan kepada mangsa banjir tersebut. - Agensi