Banjir di Pakistan: Helikopter digunakan untuk pindahkan mangsa terjejas
Agensi
Ogos 26, 2020 22:29 MYT
Ogos 26, 2020 22:29 MYT
Helikopter penyelamat dihantar di bandar pelabuhan selatan Karachi, Pakistan bagi memindahkan lebih 200 keluarga akibat hujan lebat yang membanjiri bandar itu.
Menurut pihak berkuasa, langkah itu terpaksa dilakukan memandangkan hujan lebat yang membanjiri bandar itu mula menjejaskan kehidupan mereka dan merosakkan harta benda.
Bagaimanapun, pasukan penyelamat tidak boleh menggunakan bot penyelamat untuk memindahkan penduduk memandangkan arus deras.
Justeru, kaedah memindahkan mangsa menggunakan helikopter adalah langkah paling selamat selepas hujan mula reda.
Setakat ini, 90 dilaporkan maut akibat banjir yang melanda negara itu sejak Ahad.
Hujan lebat dijangka akan berterusan minggu ini di Karachi.