Banjir di Jakarta mulai surut
Astro Awani
Januari 22, 2013 14:10 MYT
Januari 22, 2013 14:10 MYT
Banjir di lima daerah di Jakarta dilaporkan mulai surut.
Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Nasional Penaggulangan bencana Sutopo Purwo Nugroho memberitahu operasi pembersihan kini giat dijalankan pihak berkuasa.
Jelas Sutopo, operasi pembersihan itu juga turut dibantu pasukan sukarelawan dan penduduk tempatan.
Selain itu, mangsa banjir diingatkan berjaga-jaga terhadap ancaman penyakit berjangkit bawaan air.
Bagi mencegah perkara itu berlaku, pakar perubatan dikerah bagi memantau mangsa banjir dan member bantuan perubatan.
Bencana banjir yang disifatkan terburuk itu menyaksikan lebih 400 ribu penduduk dipindah di seluruh Jakarta. Sehingga kini, 20 nyawa dilaporkan terkorban.