Banjir di Indonesia, 17 maut

AFP
Februari 18, 2013 18:02 MYT
Empat kanak-kanak antara yang terbunuh dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di Manado, Indonesia selepas hujan lebat melanda kawasan itu.
Kanak-kanak berumur dua hingga sembilan tahun, ditemui mati bersama 13 individu dewasa dalam kejadian di utara pulau Sulawesi pada Ahad.
Perkara itu dimaklumkan jurucakap agensi, Howke Makawarung kepada AFP.
Banjir yang memusnahkan kira-kira 5,000 rumah di Manado itu telah mula surut pada Isnin.
Sementara itu satu kejadian tanah runtuh berasingan pula telah membunuh seorang kanak-kanak berusia enam tahun.
“Dia sedang mandi pagi apabila tanah runtuh tiba-tiba menimpa rumahnya,” timbalan Datuk Bandar, Harley Mangindaan memberitahu AFP.
Indonesia kerap dilanda tanah runtuh dan banjir pada musim hujan yang berlarutan lebih enam bulan.
Banjir di Jakarta pada Januari lalu yang telah menyebabkan 32 maut, dan hampir 46,000 terpaksa meninggalkan kediaman mereka.
#banjir #Indonesia #Manado #Sulawesi #tanah runtuh
;