Banjir Chennai: Rakyat Malaysia dilaporkan selamat

Astro Awani
Disember 4, 2015 22:36 MYT
Setakat ini, sekurang-kurangnya 90 rakyat Malaysia masih terkandas di bilik hotel dan rumah, sementara 158 yang lain berjaya diselamatkan.
Rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir besar di Chennai, India dilaporkan selamat dan akan diberi bantuan secepat mungkin.
Konsul Jeneral Malaysia, R. Citra Devi memaklumkan pihaknya menerima lebih 249 panggilan daripada rakyat Malaysia di negara itu bagi mendapatkan bantuan.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 90 rakyat Malaysia masih terkandas di bilik hotel dan rumah, sementara 158 yang lain berjaya diselamatkan.
Mereka yang terkandas bagaimanapun dilaporkan selamat dan berada di 'zon selamat' dengan beberapa kawasan banjir sudah pun surut.
Perdana Menteri India, Narendra Modi yang memandang serius bencana berkenaan turut membuat lawatan ke kawasan terjejas.
Jabatan Meteorologi India (IMD) meramalkan lebih banyak hujan akan turun di Tamil Nadu untuk tempoh 36 jam akan datang.
Dalam pada itu banjir di Selatan Tamil Nadu tidak menunjukkan akan reda.
Ribuan penduduk memenuhi pusta penempatan sementara yang disediakan untuk perlindungan.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa turut dibantu Tentera Udara India.
Ketika ini, 97 khemah disediakan pihak berkuasa yang boleh menempatkan kira-kira 62,000 orang.
Namun, ada penduduk merungut, bantuan yang disediakan kerajaan lewat tiba malah ada yang mendakwa bantuan tidak sampai ke mereka.
Banjir turut mengakibatkan bekalan elektrik dan komunikasi terputus.
#banjir #banjir Chennai #rakyat Malaysia di India #Tamil Nadu
;