Banjir: California bersedia gelombang kedua
Astro Awani
Januari 14, 2023 08:00 MYT
Januari 14, 2023 08:00 MYT
CALIFORNIA: Penduduk di kawasan pertanian, California, Amerika Syarikat (AS) menilai kerosakan akibat banjir yang disebabkan oleh ribut baru-baru ini, ketika mereka bersiap sedia dengan kehadiran hujan yang lebih lebat selepas ini.
Banjir baru-baru ini menyebabkan kerosakan kepada kebanyakan perniagaan dan rumah pekerja ladang berpendapatan rendah.
Menurut ramalan cuaca, California akan menyaksikan beberapa lagi pusingan cuaca ribut sepanjang hujung minggu.
Ramalan cuaca juga melihat membawa hujan akan melanda California Utara pada awal Jumaat dan lonjakan kelembapan dijangka akan menyebarkan lagi hujan dan salji di tempat lain di negeri itu dalam beberapa hari akan datang.
Amaran banjir berkuat kuasa untuk Sungai Salinas di daerah Monterey di mana ribuan ekar tanah ladang boleh ditenggelami air.
Banjir berkenaan turut menyebabkan bekalan elektrik terputus dan sekurang-kurangnya 18 kematian.