Banjir besar landa Asia Selatan, jutaan penduduk hilang tempat tinggal
Khairunnisa Kasnoon
Oktober 14, 2020 21:53 MYT
Oktober 14, 2020 21:53 MYT
HYDERABAD: Bencana alam telah menyebabkan 9.6 juta orang di seluruh Asia Selatan terjejas akibat hujan lebat dengan ratusan ribu bergelut untuk mendapatkan makanan dan ubat-ubatan.
Setakat ini,kira-kira 550 orang telah terkorban di India, Bangladesh dan Nepal akibat banjir besar dan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal sejak banjir bermula Jun lalu.
Di selatan India, sejumlah 15 orang maut selepas banjir besar melanda Telangana dan memusnahkan kediaman penduduk.
Di Hyderabad, sebuah rumah yang dilanda banjir telah menyebabkan lapan isi rumah terkorban. Empat orang dilaporkan tercedera selepas dinding sebuah rumah runtuh selepas dilanda arus deras banjir.
Sebjumlah 30 kereta dan trak hanyut selepas sebuah air tasik di kota itu melimpah.
Hujan lebat di Hyderabad menyebabkan paras air meningkat di Teluk Bengal, memecah rekod 20 tahun lalu.
Ia mengakibatkan banjir di kawasan dataran rendah hingga memaksa pihak berkuasa menggunakan bot untuk memindahkan mangsa.