Banjir: 3 terkorban di Mesir, 500 disengat kala jengking

Astro Awani
November 15, 2021 07:40 MYT
Kesemua 503 pesakit dibenarkan keluar hospital selepas disuntik dos antibisa. - Gambar hiasan
ASWAN: Hujan lebat yang turut mengakibatkan banjir di selatan Mesir telah meragut tiga nyawa.
Keadaan cuaca buruk itu turut menyaksikan lebih 500 individu dimasukkan ke hospital selepas disengat kala jengking.
Ribut yang melanda di wilayah itu membawa kala jengking dari tempat persembunyian ke kawasan kediaman.
Bagaimanapun kesemua 503 pesakit dibenarkan keluar hospital selepas disuntik dos antibisa dengan tiada kes kematian dilaporkan.
Menurut Gabenor Aswan, Mejar Jeneral Ashraf Attia, banjir buruk itu turut memaksa pihak berkuasa menutup sekolah pada Ahad.
Rakaman visual menunjukkan jalanan, rumah, ladang rosak selepas dilanda arus deras banjir.
#banjir #hujan lebat #kala jengking #Hospital
;