Bangunan runtuh ragut nyawa tujuh sedang berlatih gamelan
Agensi
April 16, 2018 20:51 MYT
April 16, 2018 20:51 MYT
Keseronokan sekumpulan remaja yang sedang berlatih gamelan di sebuah pusat kebudayaan Cirebon, Jawa Barat pada Isnin berakhir dengan tragedi berdarah apabila mereka dihempap runtuhan tembok.
Insiden di Desa Gegesik Wetan, Gegesik itu berlaku sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan, ujar ketua polis Cirebon Risto Samodra seperti yang dilapor portal beritak Detik.com.
Kejadian berpunca daripada sebuah bangunan setinggi 9 meter bersebelahan yang runtuh terlebih dahulu lalu strukturnya merempuh tembok yang paling dekat dengan pentas latihan di pusat kebudayaan berkenaan.
Bangunan 9 meter tinggi itu adalah sebuah struktur yang dibina untuk mendapatkan hasil sarang burung walit.
Netizen Indonesia turut berkongsi rasa duka cita itu menerusi platform media sosial:
Mereka yang terkorban termasuk enam remaja lelaki berusia 13 dan 15 tahun, dan pengurus pusat latihan itu yang berusia 48 tahun.
Tembok yang runtuh itu turut mencederakan dua remaja perempuan lain dengan salah seorang berada dalam keadaan kritikal.
Pusat kebudayaan itu telah beroperasi sejak tahun 1940-an.
“Bangunan itu sangat usang, namun kami masih menunggu siasatan pakar untuk menegsahkan puca sebenar runtuhan itu terjadi,” ujar jurucakap polis Trunoyudo Wisnu Andiko kepada AFP.
Piawaian pembinaan bangunan yang rendah telah mencetuskan kebimbangan tentang aspek keselamatan bangunan di Indonesia.