Bangunan runtuh, dua maut, lapan yang lain cedera parah

Agensi
Julai 11, 2020 22:07 MYT
Sebuah bagunan yang sedang dalam penyelengaraan di Lagos, Nigeria runtuh mengorbankan dua mangsa dan mencederakan lapan yang lain. - Foto AP
Sekurang-kurangnya dua orang disahkan maut selepas sebuah bangunan yang sedang dalam penyelengaraan runtuh di Lagos, Nigeria.
Menurut pihak berkuasa, insiden turut mencederakan lapan yang lain.
“Kejadian dilaporkan berlaku jam dua pagi dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga kini menjumpai dua mayat di bawah runtuhan, “ ujar Badan Pengurusan Kecemasan Nasioanl (NEMA), Ibrahim Farinloye.
Tambahnya, lapan yang lain cedera parah dihempap runtuhan.
Sebilangan besar penghuni asal telah mengosongkan bangunan bagi membolehkan pengubahsuaian bagunan di jalankan.
Hanya beberapa penghuni yang berada di dalam bangunan ketika ia runtuh.
#bangunan #Ibrahim Farinloye #Lagos #NEMA #Nigeria #runtuh
;